Tip Self Publish : Bagaimana mahu menyelidik pasaran sebelum menerbitkan buku?

Soalan : Bagaimana mahu menyelidik pasaran sebelum menerbitkan buku? Adakah buku yang kita mahu tulis itu ada pembaca dan pembelinya? Jawapan : Semak dalam laman web amazon.com dan juga laman web kedai buku online di Malaysia. Buku yang bestseller adalah buku yang mendapat permintaan. Bagaimanapun jika bestseller di luar negara belum tentu laris di Malaysia. Luangkan masa 3 minit daripada 1440 minit hari ini bagi mendapatkan sebut harga di bitly.com/SenangQuotation.
Read More

Tip Self Publish : Kualiti Karya.

Pada pesta buku lepas ada beberapa orang penulis mengetengahkan tentang kualiti buku yang diterbitkan secara self publish. Kualiti buku itu dipertikai kerana ada kesalahan ejaan. Meskipun ia nampak seperti kesalahan kecil, penulis harus ingat pembaca yang juga pembeli telah melaburkan duit untuk membeli buku tuan-tuan. Boleh jadi harga buku itu menyamai harga tiket bas untuk pulang ke kampung. Jadi, pastikan buku itu kemas setiap ejaannya supaya pembaca rasa berbaloi membeli, membaca dan mengamalkan ilmu di dalamnya. Baiki dan teruskan menulis, jangan berhenti menulis jika di kritik Luangkan masa 3 minit daripada 1440 minit hari ini di bitly.com/SenangQuotation untuk memegang buku sendiri tahun ini juga.
Read More

Tip Self Publish : Perlukah mencetak harga buku di belakang buku?

Soalan : Perlukah mencetak harga buku di belakang buku? Jawapan : Bergantung kepada tuan penulis. Pertama kenal pasti terlebih dahulu berapa kos cetakan dan 6 kos yang lain. Berapa jumlahnya? Kemudian jika mahu jual sendiri diipersilakan dengan senang hati untuk mencetak sama harganya. Jika mahu ejen ataupun diletakkan di kedai buku pastikan tuan sudah kira berapa komisyen ataupun diskaun mahu beri kepada ejen dan pengedar buku. Kebiasaanya, pengedar meminta diskaun bermula 35% sehingga 45% daripada harga buku. Luangkan masa 3 minit daripada 1440 minit hari ini bagi mendapatkan sebut harga di bitly.com/SenangQuotation.
Read More