Tip Self Publish : Kualiti Karya.

Pada pesta buku lepas ada beberapa orang penulis mengetengahkan tentang kualiti buku yang diterbitkan secara self publish. Kualiti buku itu dipertikai kerana ada kesalahan ejaan. Meskipun ia nampak seperti kesalahan kecil, penulis harus ingat pembaca yang juga pembeli telah melaburkan duit untuk membeli buku tuan-tuan.

Boleh jadi harga buku itu menyamai harga tiket bas untuk pulang ke kampung. Jadi, pastikan buku itu kemas setiap ejaannya supaya pembaca rasa berbaloi membeli, membaca dan mengamalkan ilmu di dalamnya. Baiki dan teruskan menulis, jangan berhenti menulis jika di kritik

Luangkan masa 3 minit daripada 1440 minit hari ini di bitly.com/SenangQuotation untuk memegang buku sendiri tahun ini juga.