Penulis perlu siapkan fail cover buku dan save dalam PDF. Kemudian siapkan manuskrip yang sudah dibuat suntingan dan design layout buku.
Tuan boleh cetak buku pada bila-bila masa dalam beberapa kuantiti serendah 100 unit sehingga 5000 unit dalam satu masa.
Hasil jualan buku self publish akan diuruskan oleh penulis sendiri. Penulis tidak perlu lagi menunggu sehingga setahun untuk dapat royalti 7%.
Pakar yang tidak menulis buku secara umumnya masih belum dianggap pakar oleh orang awam. Dengan memiliki buku, harga servis juga boleh dinaikkan.
Senang Terbit menawarkan cetakan minimum sekurang-kurangnya 50 unit buku. jadi anda tidak perlukan ruang besar atau menyewa stor simpanan untuk letak buku.
Ini buku anda, ini modal anda. Jadi anda boleh tentukan sendiri berapa harga jualan yang anda mahukan. Jika perlukan cadangan boleh tanya kami.
Penulis Senang Terbit boleh jual di kedai buku. Bagaimanapun, penulis dicadangkan menjual sendiri 70% daripada jumlah cetakan dan baki 30% masuk ke kedai buku.
Anda boleh terbit satu judul setahun, empat judul setahun ataupun 12 judul setahun. Ikut kepantasan anda menyiapkan setiap buku.
Harga cetakan hanya dapat diberikan sekiranya manuskrip sudah siap editing, design layout dan juga design cover buku. Sekiranya tidak mohon layari Senang Now untuk dapatkan servis editing, design layout dan design cover buku.
Untuk dapatkan harga percetakan buku, anda perlu berikan maklumat buku seperti berikut
Buku akan siap dalam tempoh 14 hari bekerja. Ia selepas fail lengkap PDF manuskrip, fail PDF cover buku diterima dan juga deposit 50% diterima. Sekiranya fail yang dihantar tidak lengkap atau ada kesilapan, tempoh siap cetakan buku akan bermula semula 14 hari bekerja selepas fail terkini diterima.
Bayaran 50% dibuat semasa menghantar fail PDF cover buku dan PDF manuskrip. Baki bayaran 50% adalah selepas buku siap dicetak dalam masa 24 jam sebelum penghantaran buku dibuat.
1. Charge penghantaran mengikut kadar semasa pos ataupun syarikat penghantaran. Kos penghantaran termasuk membalut, kotak, servis penghantaran, dan ‘handling’ semasa menghantar barang.
2. Kos design sekiranya penulis meminta pihak Senang Terbit membaiki, membetulkan dan mengubah fail yang dihantar untuk dicetak. Kos design ini berjumlah RM30.00 bagi setiap 15 minit.
Ya sekiranya fail yang dihantar mempunyai masalah, cuti umum yang panjang,
www.SenangTerbit.com© 2013 – 2024
Senang Terbit PLT (LLP00006930 – LGN) dahulunya dikenali sebagai Senang Terbit Publication (002185132-M) adalah syarikat yang dan menjalankan servis mencetak buku secara Print On Demand serendah 100 unit sehingga 3000 unit pada satu-satu masa.