Tip Self Publish : Setiap Buku, Ada Lagu
Lagu solo artis bertujuan memperkenalkan diri kepada peminat. Dalam masa sama penerbit boleh menguji adakah penyanyi itu ada peminat yang sanggup mendengar lagu-lagu yang bakal diterbitkan akan datang.

Sebelum mula menulis dan mencetak buku, buat kajian daripada pembaca tuan-tuan berapa ramai yang mahu beli buku itu apabila siap kelak.
Elakkan menulis, menerbit dan mencetak buku yang tidak ada pembaca.
Sebelum mula menulis buku, kenal pasti terlebih dahulu adakah buku dalam kategori sama kita mahu tulis itu pernah diterbitkan. Kemudian dapatkan maklumat dari pekerja kedai buku yang tugasnya menyusun buku bagaimanakah jualan buku berkenaan?
Buat kajian supaya Tuan-tuan tidak terbakar duit mencetak buku yang tidak ada pembaca.